Friday, 4 November 2011

Perjalanan yang Tiada Penghujung

Ilmu adalah sesuatu yang tidak mempunyai batasan. Tidak kira di mana seseorang berada, ilmu baharu tetap boleh ditimba. Setiap hari, ilmu baharu muncul dalam setiap bidang, samada dalam bidang Sains, Teknologi, Arekeologi dan sebagainya. Sebagai seorang guru, adalah menjadi suatu tanggungjawab untuk sentiasa mengembangkan ilmu yang sedia ada.

Ibu monyet bersama dengan anaknya di Bukit Melawati.

Pada 5 November 2011, saya berpeluang untuk pergi ke Sekinchan dan Kuala Selangor untuk bersiar-siar, di samping menimba ilmu pengetahuan.Peluang menimba ilmu ini amatlah bernilai kerana lawatan ini telah memberi saya suatu peluang untuk mempelajari sejarah negeri Selangor dan juga penghasilan padi.

Lawatan saya ke Kuala Selangor telah memberikan saya peluang melawat ke Taman Melawati. Bah kata," tak kenal, maka tak cinta". Lawatan ke museum di atas Bukit Melawati memberikan saya peluang untuk mendalami ilmu sejarah saya yang telah lama "berkarat". Sejarah peperangan antara Raja Mahadi dan Tengku Kudin dan pergolakan antara Ghee Hin dan Hai San kembali ke dalam ingatan saya setelah sekian lama dilupakan. Sebelum saya turun, saya sempat mengambil gambar monyet-monyet yang jinak di situ.

 Pekerja di kilang padi memberi penerangan kepada pengunjung-pengunjung.

Destinasi kedua ialah kilang padi di Sekinchan. Sekinchan merupakan pengeluar beras terbesar di negara kita. Setiap hektar sawah padi mampu mengeluarkan sebanyak 9 tan hingga 12 tan beras. Lawatan ke kilang padi memberikan saya peluang untuk melihat proses penanaman padi di negara kita serta pengupasan kulit padi untuk menghasilkan beras putih. Padi ditanam di Sekinchan pada setiap bulan Mac dan Ogos. Saya diberitahu bahawa padi mengambil masa selama 110 hari untuk masak sepenuhnya.

 Padi yang berumur lebih kurang 70-80 hari di Sekinchan.

Pada waktu petang, saya mendapat peluang menikmati keindahan fauna di Kuala Selangor. Kuala Selangor merupakan tempat di mana pengunjung-pengunjung dapat melihat burung helang dan kelip-kelip. Pada pukul 5 petang, saya menaiki bot bersama pelancong-pelancong untuk melihat burung helang. Keindahan dan keunikan burung helang mendapatkan makanan memang mempersonakan.

Burung helang berterbangan mencari makanan.

Pada waktu malam, saya juga menaiki bot untuk melihat kelip-kelip yang berkelipan pada pokok-pokok. Malangnya, kami tidak dibenarkan mengambil foto dengan "flash light". Oleh itu, saya tidak dapat membawa sebarang gambar untuk memperingatkan saya tentang pemandangan yang menakjubkan ini.

Seluruh perjalanan menimba ilmu tidak ada penghujung bagi anak adam. Setiap hari adalah suatu pengalaman baharu dan setiap ilmu adalah amat berharga. Bagi saya, ilmu adalah pelita hidup yang amat bernilai, tidak kira di mana seorang berada, ilmu menjadi teman sehidup kita.

No comments:

Post a Comment