Saturday, 5 November 2011

Menamakan angka dari 0 hingga 10.

Mata pelajaran             : Matematik
Tajuk                           : Nombor  Bulat hingga 100..
Standard Kandungan: 1.2 Menama dan menentukan nilai.
Standard Pembelajaran: 1.2.( i ) Menamakan nombor hingga 100.
                                        ( d ) Menamakan angka. 
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah mempelajari kemahiran nombor bulat.
                           
Pada permulaannya, saya akan menggunakan lagu Ten Little Indians sebagai set induksi. Cara ini adalah untuk menarik perhatian murid semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan. 






Selepas memaparkan video Ten Little Indians, guru akan menerangkan topik yang akan diajar. Untuk memastikan murid-murid betul memahami topik yang akan disampaikan, guru boleh memberikan beberapa soalan untuk menguji kefahaman murid. Misalnya, guru boleh tanya apakah yang ada pada setiap anak Indians  dan sebagainya.
Untuk menarik  minat murid, guru dapat memaparkan satu video lagi yang berkaitan tentang angka 0 dari 10.








Selepas memaparkan video berkenaan, guru akan menggunakan kad imbas yang bertulis nombor angka 0 hingga 10, tujuan ini adalah untuk memastikan murid-murid boleh menamakan angka tersebut. Dengan cara ini, barulah dapat memastikan standard pembelajaran tercapai.

2 comments: